ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU III [READY STOCK]
![ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU III [READY STOCK] ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU III [READY STOCK]](https://bijasura.onpay.my/media/forms/2-alter3-1747393471.jpg)
Buku ini mengandungi 2 bahagian:
Bahagian pertama adalah tentang asal-usul Rumpun Melayu, yang mana membincangkan bagaimana lahirnya rumpun Melayu menurut kajian linguistik dan genetik. Perkaitan antara Bahasa Melayu Piawai (Standard Malay) dan Bahasa Melayu Terengganu Pedalaman (Inland Terengganu Malay) dengan kelompok bahasa yang dinamakan sebagai Ibanic dan Malayic Dayak. Bagaimana Bahasa Melayu Terengganu Pedalaman dibahaskan menjadi jambatan antara Bahasa Melayu Piawai dengan rumpun bahasa Malayik di Borneo. Bagaimana identiti Melayu Awal dibangunkan di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
Bahagian kedua ialah topik 'Tabung Rahsia Tanah Melayu' yang membahaskan tentang bagaimana kekayaan yang luarbiasa di Tanah Melayu ketika itu dieksploitasi oleh pihak kolonial British.
Di sana ada satu kenyataan tersirat - bahawa kekayaan Tanah Melayu telah digunakan untuk memacu dua perang dunia.
“Malaya has the greatest natural resources among colonised countries. In 1926 exports from British Malaya was worth more than all the other British dependencies combined—more than India, Ceylon, Nigeria, the Gold Coast, Uganda, Kenya, Egypt, and Fiji put together. The export value per head of population of British Malaya in 1925/26 was the highest in the world.”
-Ormsby Gore
Namun selepas Perang Dunia Kedua, British menghadapi kemelesetan ekonomi yang agak teruk. Mereka menjadi buntu. Namun suatu hari mereka telah menemui kenyataan bahawa raja-raja Melayu memiliki beberapa 'tabung rahsia' berupa akaun-akaun antarabangsa yang dijaga oleh 'The Kingsman'. Mereka berjaya memujuk The Kingsman untuk 'merompak' tabung-tabung itu namun menemui kegagalan kerana kesemua tabung-tabung itu memiliki 'kunci prinsipal' atau katalaluan khas yang HANYA BOLEH DIAKTIFKAN sekiranya mendapat TANDATANGAN KESEMUA raja-raja Melayu...
.
.
------------------------------
Isi Kandungan:
Pembuka Bicara
Puisi
Mukaddimah
Asal-usul Rumpun Melayu
Pengenalan kepada Kelompok Bahasa & Budaya Malayik
Analisis Bahasa Pedalaman Terengganu
Fonologi Bahasa Melayu Kelantan
Fonologi Bahasa Melayu Terengganu Pesisir (CTM)
Fonologi Bahasa Melayu Terengganu Pedalaman (ITM)
Morfologi
Kelas Kata dan Sintaks Asas
Sejarah Fonologi
Sejarah Morfologi
Lahirnya Rumpun Proto-Melayu/Melayu Awal
Perbincangan Misteri Rumpun Melayu Terawal
XXXXXXX
XXXXXXX
XXXXXXX
XXXXXXX
XXXXXXX
Petunjuk Pada XXXXXXX
XXXXXXX
XXXXXXX Kehilangan XXXXXXX
Kerajaan Yang Tersembunyi
Pusat Kebudayaan Melayu
Tabung Rahsia Tanah Melayu
"The Golden Calf of Ophir"
"The Kingsman's Key of Solomon"
"The Ark of the Eternal Elixir"
"Dominion of The Nocturnal Crown"
Renungan
Sumber & Bahan Bacaan
Cenderahati & Item-item Istimewa:
Penanda buku
Cop Mohor Bidasari Temenggor
Kad Xklusif Cik Srikandi "Che Puan Mawar Rahsia" (kuota tambahan terhad)
TERIMA KASIH.